Pages

4.7.11

ingin jumpa anwarhadi.

winter break kali ini, i menantikan katil yang empuk, resipi yang sedap untuk dimasak dan internet connection yang lajuu. itu saja. tak mahu yang lain. 

tapi spoil.

disebabkan seorang kawan yang beria-ria-ria tahap dewa nak pergi macquarie, i pun temankanlah si beliau ni pergi macquarie sekejap. macquarie terletak di area north sydney dan i berada di eastern suburb of sydney. pendek kata, jauh juga la. 

dalam hati, i tahu sangat perangai si beliau ni yang teringin mengidam mimpikan mahukan jumpa si anwarhadi. yes. anwarhadi belajar di macquarie university. si beliau ni memang die hard fan anwarhadi lah. i pun tak tahulah kenapa minat sangat. tengok video dia cukuplah. nak kalut lebih lebih pasal diri dia buat apa? tapi memang begitu sikap manusia, apabila minat seseorang, jenama spender orang tu pun nak tahu. haishh.

satu jam ambil masa untuk sampai sana untuk berjumpa kiah, senior mrsm kitorang yang juga member kamceng si anwarhadi. erm. macam artis sudah si anwarhadi ni. sembang-sembang, makan, main ice skating. ice skating per entry ialah $19 dan boleh main sampai lunyai, lembik, jeruk etc. tapi cempedak jatuh, main ice skating lagi, cempedak jatuh lagi. akhir sekali, si anwarhadi tak boleh join sebab ada training rugby untuk dia pergi melbourne nanti. 

sedihlah si beliau ini tak jumpa anwarhadi. haha. padan muka. 

so, weekend ini i memang bazir masa la.


No comments: