Pages

25.7.11

bawa perut.

family i jenis yang enjoy makanan, yang suka menasihati sesama ahli selepas makan seperti
"jangan makan satay ni sangat, nanti dapat penyakit."
padahal abah i gi bedal beli 100 cucuk satay buat hapa?


"jaga-jaga sikit makan, taghoh kat orang len sama."
buat-buat tak dengar sebab mana ada orang lain selain kitorang 4 beranak.


dan begitulah kitorang punya stail hidup. dan dibawa ke sini umapam warisan turun temurun iaitu i sebagai pewaris utama, menasihati diri sendiri selepas hentam dua pinggan nasi, hentam kat shalom, hentam kat taste of thai and the list goes on...


hari ini pula.


i buat dekk je balik rumah hari ini, yang sebelum ini i akan heboh-heboh "malam ni nak masak apa ha?", "malam ni nak masak apa ha?", "malam ni nak masak apa ha?" kerana i dah bawa perut ke shalom (kedai makan chinese indonesian). pekena balinese styled chicken, telur, nasi dan ais kacang bersama durian. 


member tanya je,  "malam ni nak masak apa ha?", dan i menjawab "tak payah lah nak masak sangat, makan roti je, diet la sket.". padahal, mulut bau durian memanjang.


cepat-cepat i ambil listerine antibacterial mouthwash berkaler ungu supaya diorang tak detect bau tu.


hik hik hik.



No comments: