Pages

23.3.13

pen

pada zaman universiti ini, stationery lebih-lebih lagi pen dan pensel memang tak penting. tak seperti zaman sekolah dahulu, peranan pen dan pensel bukan sahaja membantu membuat kerja sekolah seperti copy-paste nota sejarah yang sememangnya aku cukup benci. bahkan, untuk tayangan kemewahan stationery bagi sesetengah pelajar sekolah. aku pun sama saja dulu. 

abaikan.

waktu aku pergi ambil tiya(anak majikan) dari sekolah, dia cakap dia baru dapat "pen license". terkinja-kinja juga dia menceritakan dekat aku betapa seronoknya sebab sudah boleh guna pen untuk buat kerja sekolah. setiap minggu, ada-ada saja barang smiggle yang dia belikan. seronok juga aku dapat tengok barang-barang comel yang sememangnya aku dah tak akan beli.

well, tiya, akak nak cakap sedikit ni. nanti waktu tiya dekat uni, jangankan highlighter, pembaris pun belum tentu ada. phone, kad bas, kad bank yang akan jadi pembaris nanti. akak ada pen sebatang dan juga pensel picit sebatang. itu saja. entah-entah nanti, waktu tiya masuk uni, dah tak guna pensel dan pen. 

macam dia faham saja bahasa melayu.

6 comments:

bukankosong said...

haha

serius benar!

stationary just ada utk exam je

ghost said...

apalagi era semua nak bawa note pad. tapi lain rasanya bila dah mula menulis guna bolpen. kita pun dulu macam tuh.

fingerkontot. said...

bukankosong: yes, *stationery utk exam je.
ghostwriter:sudah tentu lah lain! haha

Paolo Balam said...

pen kawan adalah pen aku. silaturahim gitu.

Shila said...

masa mula-mula pandai pakai pen..

mcm2 jenis pen..pen mata halus lah..pen mata bulat lah..

tapi dah bole pakai pen, liquid paper pulak jadi bahan terlarang..

fingerkontot. said...

kidalabadi: dahsyat dahsyat dahsyat.
missSenget: pen glitter2 jangan lupa weh.